Nuffnang

Friday, 4 March 2011

Disebalik amalan berwuduk!



Ada apa dengan wuduk?? bagi mereka yang tidak mengetauinya, wuduk mungkin cuma dilihat sebagai salah satu syarat wajib yang perlu di penuhi untuk melaksanakan ibadah solat terutamanya. Tapi sangat berbeza bagi mereka yang mengetahui hikmah berwuduk dan isi disebalinya! Ada dalam sebuah riwayat, di kisahkan ketika baginda Rasulullah saw tengah duduk bersama dengan para sahabatnya yang lain, lalu ditanya oleh seorang sahabat, 'Ya Rasulullah, bagaimana mungkin di hari akhirat kelak engkau akan mengenali umat-umatmu sedangkan pada ketika itu ramai sekali manusia, bermula dari umat nabi adam dan hinggalah pada umatmu..' lalu dijawab oleh baginda Rasulullah saw, ' Dihari akhirat kelak, Allah taala memberiku penglihatan untuk ak melihat umatku..ibarat dalam kadang kambing, banyak sekali kambingnya.. ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna hitam. dan yang berwarna putih itulah umatku! dan dikisahkan juga, orang-orang yang rajin berwuduk, tubuh badannya yang berwuduk itu akan bersinar di hari akhirat kelak!

Wuduk juga merupakan benteng yang mampu menangkis serangan makhluk halus! dan mampu menghindarkan sihir dan sebagainya. Amalan berwuduk sebelum tidur harus diamalkan terutamanya bagi pesakit gangguan makhluk halus. Tidurlah dalam keadaan yang bersih dan sejathera.. tubuh badan kita.. dan ruhani kita juga.

dan pada kali ini, saya berminat untuk kongsi bersama2 sedikt ilmu yang cetek ini sebagaimana yang saya terima dari guru saya dahulu.



Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang...

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, ampunilah dosa mulut dn lidahku ini yang banyak sekali mengumpat dan bercakap perkara yang sia2.." @ "Ya ALLAH, jadikanlah mulutku ini cuma bercakap perkara2 yg ENGKAU redho".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, bersihkanlah wajahku di akhirat kelak sebagaimana ENGKAU bersihkan wajah para Kekasih-MU. Penuhilah wajahku ini dengan cahaya ketenangan..".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, berikanlah buku catatan amalku kpd tangan kanan ku ini dn hisaplah aku dgn hisap yg mudah". @ Ya ALLAH, ampunkanlah dosa tanganku ini yang banyak sekali buat maksiat kepadaMu Ya Allah secara sedar ataupun tidak..

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, janganlah KAU berikan buku catatan amalku ke tangan kiri ku ini dn janganlah ENGKAU sulitkan hisapku". @ Ya ALLAH padamkanlah api neraka yang bakal membakar tanganku ini yang sering kali berbuat maksiat..

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, lindunglah aku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu" @ "Ya ALLAH, naungilah aku dgn rahmat dn kasih sayang-MU".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, ampunilah dosa telinga ku ini" @ "Ya ALLAH, perdengarkanlah aku cuma dgn perkataan2 yg ENGKAU redho".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya ALLAH, tetapkanlah kaki ku di atas titian Siratul Mustaqqim sebagaiman ENGKAU tetapkan kaki para kekasih-MU".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya ALLAH, jgnlah ENGKAU gelincirkan kakiku ke dlm lubang api neraka sebagaimana ENGKAU gelincirkan kaki para musuh-MU".

Cubalah kawan2 semua amalkan panduan ini dgn ikhlas dan istiqamah mengharapkn redho-NYA...insyaALLAH, dgn kasih syg-NYA kita semua akan mengecapi "rahsia wuduk" itu...hanya yg telah merasa mengetahui betapa besarnya kehebatan simbolik yg terkandung di sebalik kaifiat wuduk.... Insyallah!!


MAHA SUCI ALLAH YG MAHA BESAR LG MAHA LUAS PENGAMPUNAN
& KASIH SAYANGNYA..

disertakan doa selepas berwuduk :


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...